Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) sedia menjadi pemudah cara kepada usahawan pertanian untuk menggalakkan mereka mengadaptasi teknologi pertanian pintar pada peringkat awal.<br /><br />Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia berikutan penggunaan teknologi pada peringkat awal membabitkan kos tinggi, tetapi ia akan mengurangkan kos selepas matang, menjadi lebih mampan berbanding kaedah pertanian konvensional.
